Friday, September 20, 2024
34.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Farmasi Jerman kekurangan serius ubat-ubatan

    BERLIN, 15 SEPT – Sebanyak 1.5 juta penduduk Jerman kini terjejas akibat berlaku kekangan terhadap bekalan ubat-ubatan tertentu, kata North Rhine Chamber of Pharmacists kelmarin.

    “Adakalanya bekalan hampir habis dan antibiotik sangat terhad dan… bekalan perlu disediakan dengan segera,” lapor Xinhua memetik pengerusi persatuan itu, Thomas Preis.

    “Di Jerman, 80 peratus daripada ubat generik yang murah, ubat yang patennya telah tamat tempoh. Ia semakin berkurangan,” menurut Preis.

    Tahun lepas, terdapat kekurangan antibiotik yang teruk dan beberapa ubat untuk kanak-kanak, selepas gelombang jangkitan.

    Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach akan membincangkan situasi bekalan yang sukar itu dengan pakar perubatan, ahli farmasi dan industri farmaseutikal. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda