Monday, September 23, 2024
32.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    FASA 111 ceria dalam penjara eratkan silaturahim

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Institusi Penjara Maraburong Fasa 111 kelmarin sekali lagi mengadakan acara FASA 111 ceria sempena ulang tahun Institusi Penjara Maraburong Fasa 111 yang ke-6 bagi tahun 2024.

    Acara berkenaan berlangsung di tempat lapang Institusi Penjara Maraburong Fasa 111 dengan pelbagai acara dan permainan dianjurkan pada hari berkenaan terutamanya bagi keluarga yang membawa kanak-kanak seperti peraduan kuiz dan juga lukisan.

    Selain itu juga perlawanan tarik kalat persahabatan turut diadakan di antara beberapa buah jabatan yang mana pasukan bomba berjaya menduduki tempat pertama, diikuti Institusi Penjara f111 di tempat kedua, Institusi f1 berada di tempat ketiga dan seterusnya jabatan Imigresen di tempat ke 4.

    Hadir selaku tetamu kehormat di acara tersebut ialah Awang Bahrin bin Muhammad Yassin dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

    Antara lain tujuan tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pegawai dan kakitangan penjara yang berkhidmat di jabatan-jabatan lain.

      Antara aktiviti yang dijalankan semasa acara berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda