Sunday, March 16, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fasa 5, 6 sukan dan rekreasi masih tidak dapat dilaksana

    KUALA LUMPUR, 1 OKT – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum bersedia untuk melaksanakan Fasa Lima dan Enam bagi sektor sukan dan rekreasi, berikutan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia ketika ini, kata menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

    Menurut beliau, KBS tidak mahu membuat keputusan terburu-buru dan kemudian menarik balik arahan tersebut.

    “Ada negara yang pada peringkat awal membenarkan (kehadiran) penonton, akhirnya menarik semula (keputusan itu),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Esports Integrated (ESI) di sini, hari ini.

    ESI adalah inisiatif baharu daripada KBS yang dikuasakan oleh ‘Impact Integrated’ untuk mendorong pertumbuhan dan kepelbagaian, dalam industri e-sukan tempatan.

    Fasa Lima sektor sukan dan rekreasi merujuk kepada kehadiran penonton ke stadium dengan skala kecil, manakala Fasa Enam ialah kehadiran penonton ke stadium dengan skala besar, serta penyertaan atlet luar negara dalam kejohanan tempatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda