Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fasa Awal Endemik dimulai dengan Solat Hajat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Bersempena dengan Fasa Awal Endemik yang bermula hari ini, semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara pada malam ini telah mengadakan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, sembahyang Sunat Hajat dan membaca Surah Yasin bagi memohon perlindungan agar rakyat, penduduk dan Negara Brunei Darussalam akan terselamat dan terlindung dari apa jua bala dan segala jenis penyakit khasnya wabak COVID-19.

    Bagi majlis yang diadakan di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, hadir sama menyertai jemaah ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri. Semoga dengan amalan dan usaha tersebut, kita semua dikurniakan kesihatan, kekuatan dan ketaatan dalam melaksanakan segala peraturan dan garis panduan perlaksanaan Fasa Awal Endemik ini dan seterusnya pada fasa yang akan datang.

    Haji Amir Hisham ketika menyertai jemaah lain mengadakan Solat Sunat Hajat bersempena Fasa Awal Endemik.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda