Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fasa Endemik: Had perkumpulan 75 peratus kapasiti

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Setiap perkumpulan termasuk pihak penganjur dan kakitangan dalam sesebuah perkumpulan ramai itu hanya dibenarkan sebanyak 75 peratus kapasiti pada satu tempat atau pun tidak melebihi 300 individu semasa Fasa Endemik.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar ketika menjelaskan had jumlah perkumpulan adalah mengikut garis panduan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dimaklumkan pada sidang sebelumnya.

    “Semasa berlangsungnya majlis keramaian, jika sebuah dewan itu mampu menampung sehingga 1,000 individu maka dalam hal ini pihak penganjur mestilah menetapkan had perkumpulan sebanyak 300 orang sahaja.

    “Bagi mereka yang mengadakan acara keramaian di kediaman masing-masing juga ditetapkan tidak melebihi had perkumpulan 300 orang.

    Dalam hal ini, jika ruang kawasan dalam rumah penganjur tidak terlalu besar maka perlu menyediakan kemudahan kem di luar kawasan rumah sebaik-baiknya,” tekan Yang Berhormat Dato lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda