Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fasa ke-2 tukun tiruan di S’wak tumpu pemuliharaan marin, pelancongan

    KUCHING, 19 SEPT – Sarawak akan melaksanakan fasa kedua projek tukun tiruan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), yang memberi tumpuan kepada usaha mempromosi pemuliharaan marin dan ekopelancongan.

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan projek dijangka bermula tahun depan sebaik sahaja peruntukannya ditentukan oleh kerajaan negeri.

    “Berbeza dengan fasa pertama, fasa kedua ini akan mengambil kira beberapa bidang tertentu yang dikenal pasti untuk pembiakan batu karang, dan sekiranya ia menghasilkan impak positif, aktiviti menyelam dan memancing akan menjadi antara aktiviti pelancongan di kawasan itu,” katanya.

    Bercakap kepada pemberita selepas melabuhkan bongkah tukun ke-16,800 secara simbolik bagi menandakan siapnya projek fasa satu di perairan Pulau Satang dekat sini hari ini, beliau berkata projek berkenaan setakat ini membuahkan hasil positif sejak ia dimulakan pada 2018.

    “Sumber marin untuk nelayan telah meningkat dan ini pastinya menambah pendapatan mereka dan memberi impak positif kepada kehidupan mereka. Memancing tidak lagi
    bermusim kerana mereka mendapat tangkapan yang baik sepanjang masa. Projek itu sememangnya memberi impak ekonomi yang positif kepada masyarakat pesisir pantai,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda