Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Fasa kecemasan covid kini berakhir

    GENEVA, 8 MEI – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan Jumaat lalu bahawa COVID tidak lagi diisytiharkan sebagai kecemasan global, menandakan penamatan simbolik kepada pandemik koronavirus dahsyat yang mencetuskan penutupan sempadan, menjejaskan ekonomi dan membunuh jutaan orang di seluruh dunia.

    Pengumuman itu, dibuat lebih tiga tahun selepas WHO mengisytiharkan koronavirus sebagai krisis antarabangsa, menawarkan sedikit kelegaan, kepada wabak yang menimbulkan ketakutan dan kecurigaan di seluruh dunia.

    Pegawai agensi kesihatan PBB berkata walaupun fasa kecemasan telah berakhir, wabak itu belum selesai, dengan mencatatkan lonjakan kes baru-baru ini di Asia Tenggara dan Timur Tengah.

    WHO berkata beribu-ribu orang masih mati akibat virus itu setiap minggu dan berjuta-juta lagi mengalami kesan jangka panjang yang melemahkan.

    “Dengan penuh harapan saya mengisytiharkan COVID tidak lagi sebagai kecemasan kesihatan global,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

    “Itu tidak bermakna COVID sudah berakhir sebagai ancaman kesihatan global,” katanya sambil memberi amaran bahawa varian baharu masih boleh muncul.

    Tedros menyatakan bahawa walaupun jumlah kematian rasmi COVID ialah tujuh juta orang, angka sebenar dianggarkan sekurang-kurangnya 20 juta.

    Tedros berkata wabak itu telah berada dalam trend menurun selama lebih setahun, mengakui bahawa kebanyakan negara telah kembali kepada kehidupan asal sebelum COVID.

    Beliau bagaimanapun menyesali kemusnahan berlaku akibat COVID kepada masyarakat global, mengatakan wabak itu telah menghancurkan perniagaan, memburukkan lagi perpecahan politik, membawa kepada penyebaran maklumat salah dan menjerumuskan berjuta-juta orang ke dalam kemiskinan. – AP

    Gambar fail menunjukkan seorang pekerja memakai sut pelindung melakukan ujian calitan terhadap seorang lelaki bagi ujian COVID di Beijing pada 22 Jun 2022. WHO pada 5 Mei mengatakan COVID tidak lagi diisytiharkan kecemasan global. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...