Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Fasa kedua pemulihan jambatan purba Angkor siap dilaksana

    PHNOM PENH, 20 JUN – Fasa kedua kerja pemulihan di Jambatan Ta Ong di Taman Arkeologi Angkor, barat laut wilayah Siem Reap, Kemboja telah siap dilaksanakan, Apsara National Authority (ANA) berkata dalam satu kenyataan media hari ini.

    Loeu Channora, seorang ahli arkeo-logi di Jabatan Pemuliharaan Monumen dan Pencegahan Arkeologi, berkata bahawa projek itu memfokuskan bahagian selatan jambatan tersebut, mengukuhkan bahagian yang runtuh dan memulihkan susur tangan gaya naga sepanjang 70 meter.

    “Semasa kerja pemulihan itu, pasukan kami membuat senarai pelan-pelan, melaksanakan pendaftaran batu, membaiki batu-batu, tiang dan dinding yang tumbang, serta memulihkan susur naga kepada bentuk asalnya,” ujar beliau.

    “Kerja pemulihan itu adalah untuk memulihara nilai seni bina, nilai sejarah, warisan purba bagi generasi-generasi masa depan mempelajari mengenai infrastruktur purba dan memahami kerja nenek moyang,” tambah beliau.

    Jambatan purba itu juga merupakan destinasi pelancongan yang penting di Angkor, kata Channora, menambah bahawa fasa projek seterusnya akan menumpukan pada pemulihan tingkat atas jambatan berkenaan, yang pada masa ini dalam keadaan usang.

    Jambatan Ta Ong berusia 800 sudah usang disebabkan usia, kesan cuaca, dan tekanan berat struktur itu, menurut ANA. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...