Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fasa kedua Projek Kasih Pengakap bersihkan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Ahli-ahli Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), kelmarin, telah bergotong-royong membersihkan beberapa kawasan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

    Kempen kebersihan berkenaan merupakan kesinambungan Projek Kasih Pengakap setelah fasa pertama kempen berkenaan dijalankan pada 23 Ogos lalu di masjid sama dengan kempen kali ini membersihkan tempat berwuduk, kawasan dalam masjid dan lain-lain.

    Projek berkenaan juga disertai oleh pegawai-pegawai Masjid Omar ‘Ali Saifuddien dan para sukarelawan termasuk ahli-ahli Persatuan Veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PERWIRA).

    Diungkayahkan bersempena hari ulang tahun perasmian Masjid Omar ‘Ali Saifuddien ke-62, projek berkenaan akan diteruskan lagi pada 20 September akan datang.

    Beberapa bahagian masjid dibersihkan semasa kempen sempena ulang tahun perasmian Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda