Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fasa lima Operasi Antirabies mula 31 Julai

    KUCHING, 25 JUN – Fasa kelima Operasi Antirabies untuk Daerah Sri Aman, Lubok Antu dan Betong akan bermula serentak dari 31 Julai hingga 4 Ogos, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, berkata pelalian percuma akan diberi sepanjang tempoh itu di rumah-rumah panjang mulai pukul 4 petang.

    Beliau mengumumkan perkara itu hari ini semasa mempengerusikan mesyuarat post mortem operasi antirabies yang dilaksanakan di Daerah Serian dan Daerah Simunjan dari 20 hingga 24 Jun lepas.

    Sementara itu beliau berkata operasi di Serian dan Simunjan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan daripada individu atau organisasi.

    Di Daerah Serian, 13,158 anjing (atau 87 peratus) daripada jumlah anggaran keseluruhan 15,000 anjing di sana telah diberikan pelalian.

    Semasa operasi di sana, sejumlah 605 anjing dan 21 kucing tidak bertuan ditakai.

    Di Daerah Simunjan pula, 2,412 anjing (atau 92 peratus) daripada jumlah anggaran keseluruhan 2,600 haiwan itu telah diberi pelalian.

    Sejumlah 253 anjing dan dua kucing tidak bertuan turut ditakai.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu berkata kejayaan operasi itu adalah hasil peningkatan kesedaran orang ramai bahawa operasi itu adalah untuk manfaat mereka dan mereka perlu memainkan peranan dalam mencegah dan membasmi rabies. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda