NEW YORK, 15 DIS – Fasa pertama perjanjian ekonomi dan perdagangan yang telah diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan China “menandakan isyarat yang positif kerana ia menghapuskan ancaman tarif yang baharu,” kata seorang ahli ekonomi AS pada Jumaat lalu.
“Berita baik tersebut adalah ancaman tarif telah dikurangkan hingga tahap yang tertentu,” beritahu seorang rakan kanan di Institusi Hal Ehwal Global Jackson di Unversiti Yale, Stephen Roach, dalam temu bual telefon bersama Xinhua.
Pihak China berkata dalam satu kenyataan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju mengenai teks perjanjian ekonomi dan perdagangan fasa satu berdasarkan prinsip persamaan dan saling menghormati, dan mencapai kesepakatan bahawa AS akan memenuhi komitmennya untuk menghapuskan tarif tambahan yang dikenakan terhadap produk China.
Perjanjian tersebut akan membantu kedua-dua negara meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, justeru mengawal dan menyelesaikan masalah dengan berkesan, serta menggalakkan pembangunan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala, menambah bahawa ia juga akan merangsang keyakinan pasaran global, menstabilkan jangkaan pasaran, serta mewujudkan persekitaran yang baik untuk aktiviti ekonomi, perdagangan dan pelaburan.
“Ia menekankan komitmen kedua-dua negara untuk memberikan sedikit kelegaan kepada tekanan berkaitan tarif untuk ekonomi kedua-dua buah negara serta ekonomi global yang lebih meluas,” kata Roach.
Ahli ekonomi AS, juga pemerhati perdagangan China-AS, menggesa lebih banyak usaha bersama diberikan untuk menangani perbezaan struktur utama, yang akan menjadi konduktif untuk meningkatkan lagi kepercayaan.
Penganalisis berpengalaman berkata kedua-dua pihak perlu memberikan tumpuan terhadap perkara ‘yang akan terus mengikat bersama dan memperkuatkan lagi kedua-dua ekonomi, bukannya menumpu pada perbezaan dalam konflik’ demi memperbaiki hubungan yang dingin.
China dan AS telah bersetuju untuk melengkapkan prosedur mereka termasuklah kajian semula terhadap undang-undang, terjemahan dan meneliti semula draf dengan segera, dan membincang pengaturan terperinci untuk majlis rasmi menandatangani perjanjian tersebut. – Xinhua
