Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Fasa satu Lebuhraya Pan Borneo 86% siap

    KUCHING, 4 SEPT – Fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo kini sudah mencapai 86 peratus siap, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Katanya pada tahun ini, dijangkakan terdapat beberapa lagi seksyen dalam lebuh raya itu akan dibuka dan tiga seksyen iaitu di Sarikei, Bukit Begunan serta Lambir dijangka siap tahun depan.

    “Tiga seksyen itu berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk cabaran di tapak yang memerlukan penelitian semula.

    “Malah ada juga yang memerlukan pengolahan semula reka bentuk kerana faktor keadaan muka bumi yang tidak sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Libat Urus bersama Media Sarawak di sini, malam tadi.

    Fasa satu projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 786 kilometer dari Telok Melano ke Miri melibatkan kos RM16.117 bilion.

    Sementara itu, Fadillah berkata Kementerian Kewangan juga kini sedang memuktamadkan aspek perolehan bagi Projek Fasa 2 Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) serta Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) dan peruntukan siling sebanyak RM 12 bilion telah ditetapkan bagi kedua-dua projek itu.

    “Kita juga harap dapat memuktamadkan penganugerahan kontrak kepada kontraktor tahun ini dan awal tahun depan projek ini akan dapat dimulakan,” katanya. – Bernama

    Pengguna jalan raya menggunakan Lebuhraya Pan Borneo. Fasa satu projek lebuhraya tersebut kini sudah mencapai 86 peratus siap. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...