Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Fasha dituduh ‘overshadow’ adik sendiri

    Tidak menyangka kehadirannya dituduh oversahdow adik sendiri, pelakon Fasha Sandha tiada niat berbuat demikian ketika hadir ke majlis memperkenalkan Elisya Sandha sebagai duta sebuah produk baru-baru ini.

    Memetik kenyataan mStar, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata dia tidak sedar tentang perkara itu dan hadir selepas dijemput sendiri oleh Elisya dan pengasas produk berkenaan.

    “Itulah kasihan dia (Elisya). Saya rasa macam biasa sahaja tapi bila orang bercakap fasal perkara itu baru saya tersedar.

    “Ikutkan tak boleh pergi tapi adik saya dan pengasasnya paksa saya pergi juga. Kena datang juga walaupun sekejap.

    “Jadi nak tak nak saya singgah sebentar bagi menghormati permintaan mereka,” katanya kepada mStar.

    Fasha hadir bukan mahu overshadow adik, sebaliknya hendak beri sokongan semata-mata. – Rotikaya

    Fasha berkongsi perkara itu ketika dijumpai di Grand Opening Alfaro di Bangi Sentral, Selangor baru-baru ini.

    Perkara itu berlaku selepas majlis perasmian dan pengenalan duta bagi produk Gattox yang diadakan di Plaza Vads Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada 17 Februari lalu.

    Rata-rata warganet menyifatkan kehadiran Fasha sudah menenggelamkan Elisya pada hari berkenaan.

    Dalam pada itu, Fasha berkata, dia tidak terfikir untuk mencuri limelight Elisya pada majlis itu.

    Sebaliknya aktres itu menganggap mungkin dia lebih rapat dan mesra dengan petugas media membuatkan dia mendapat lebih perhatian berbanding adiknya. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...