Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Fasha Sandha bangga anak perempuan dah ‘naik’ Al-Quran

    Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa syukur dan teruja apabila anak keduanya iaitu Putri Raysha Jemyma sudah pandai mengaji dan kini menyambung bacaan Al-Quran.

    Kata Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, biarpun Jemyma agak lambat memulakan membaca Al-Quran pada usia lapan tahun, dia tetap berbangga dengan pencapaian anak perempuannya itu.

    “Syukur Alhamdulillah, Putri Raysha Jemyma, kenangan naik Quran pada usia lapan tahun.

    “Walaupun sedikit terlambat disebabkan pandemik terlalu lama, kami tetap berbangga dengan kejayaan anak-anak semua… slowyly but surely InsyaAllah,” katanya.

    Memetik petikan dalam mStar, Fasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Fasha bersama guru (kanan) yang mendidik anaknya belajar mengaji. – mStar

    Dalam pada itu, pelakon drama Rampas Cintaku ini turut mengucapkan terima kasih buat guru agama yang telah mendidik anaknya sehingga berjaya menyambung bacaan Al-Quran.

    “Terima kasih ustaz dan ustazah kerana membimbing anak kami. Syukur Alhamdulillah.

    “Simpan sini (foto) untuk kenangan. Anakku sayang, semoga mendapat barakah dari Allah SWT,” ujarnya.

    Dalam foto dikongsi itu, turut kelihatan suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz.
    Malah, bekas suami iaitu Rizal Ashram atau Jejai turut sama hadir meraikan kejayaan anak mereka.

    Untuk rekod, Fasha dan Jejai pernah berkahwin pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 10 dan Jemyma, 8.

    Fasha kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...