Sunday, December 29, 2024
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fasha Sandha cedera ketika penggambaran

    Aktres Fasha Sandha dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Johor Bahru selepas mengalami kecederaan pada bahagian mata dan kepala ketika menjalani penggambaran drama Anak Tuan, pagi semalam.

    Akibat kecederaan itu, tulang mata kiri dikatakan patah, manakala bebola mata kiri berdarah dan bengkak.

    Menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram, Fasha berkongsi video yang memaparkan babak dilakonkan sebelum mengalami kemalangan.

    Difahamkan, kecederaan dialami serius kerana membabitkan bahagian kepala dan mata.

    “Dari semalam telefon tidak berhenti berdering. Di sini, saya ingin membuat sedikit ‘update’. Maaf kakak sedang rehat secukupnya.

    Fasha Sandha mengalami kecederaan semasa menjalani penggambaran drama baru-baru ini. – Agensi

    “Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran Anak Tuan TV3, pagi semalam.

    “Mata dan kepala terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kiri berdarah dan bengkak dan sedang dirawat di hospital pakar di Johor Bahru.

    “Insya-Allah akan berpindah ke pakar di Kuala Lumpur petang ini atau esok pagi,” kongsi Fasha.

    Menerusi hantaran berkenaan, Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan memaklumkan pihak produksi sudah memohon maaf kepadanya dan keluarga atas kejadian yang berlaku.

    Fasha turut memohon semua pihak mendoakan kesihatannya.

    “Memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak.

    “Seperti ramai tahu kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjaya, yakin kakak kuat,” tulisnya.

    Sementara itu, Fasha juga tidak menyalahkan pihak produksi kerana apa yang berlaku di luar jangkaan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda