Friday, January 10, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fasha Sandha minta ruang perbaiki diri setelah bertudung

    Penampilan terkini pelakon Fasha Sandha dilihat mula mengenakan hijab mencuri perhatian ramai peminat.

    Rata-ratanya mendoakan agar Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, kekal istiqamah dengan imej menutup aurat itu.

    Ditanya mengenai penampilannya baharu itu, Fasha bagaimanapun enggan mengulas lanjut, namun meminta orang ramai mendoakan dirinya.

    “Saya tiada komen berkenaan itu (memakai tudung). Maafkan saya. Doakan yang baik-baik buat saya dan keluarga,” katanya kepada mStar.

    Fasha memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Nona Superwoman Award 2024 di M World Hotel, Petaling Jaya kelmarin.

    Semasa majlis berkenaan, Fasha dilihat anggun mengenakan busana serba hitam berbatukan putih.

    Kata aktres itu lagi, dia tidak mahu berbicara mengenai perkara tersebut memandangkan banyak lagi aspek yang perlu dibaiki dalam dirinya. Malah Fasha juga mengakui yang dia belum cukup sempurna untuk bercakap perihal agama.

    Ditanya adakah ia merupakan azam sempena 2025, Fasha juga tidak mahu mengangguk sebagai tanda setuju.

    Sementara itu, suaminya iaitu Aidil Aziz meminta supaya orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat Fasha.

    Kata Aidil, sebagai ketua keluarga, dia semestinya mahukan yang terbaik buat isterinya itu.

    “Saya sebagai suami sentiasa mahukan yang terbaik, jadi saya sentiasa mendoakan terbaik untuk dia,” katanya. – Agensi

    Fasha mengakui belum cukup sempurna untuk bercakap soal agama.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda