Pelakon berkaliber, Fasha Sandha menepis dakwaan dirinya hamil anak keempat.
Ia ekoran sebuah video memaparkan ibu anak tiga ini sedang membeli-belah tular di aplikasi TikTok memperlihatkan perutnya seperti mengandung.
Tidak berdiam diri, Fasha menerusi ruangan komen di hantaran sebuah portal hiburan menjawab persoalan ramai sekaligus menganggap isu tersebut sebagai body shaming.
Sementara itu, peminat-peminat Fasha turut menggelarkan selebriti kegemarannya ini saling tidak tumpah persis seperti pelakon Bollywood terkenal Kareena Kapoor. Bintang drama Syurga Yang Kedua itu pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016. Fasha kemudian berkahwin dengan pelakon, Aidil Aziz pada Mac 2019. – Agensi
