Saturday, November 16, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fasha Sandha tegur individu berat mulut ucap terima kasih

    Pelakon Malaysia, Fasha Sandha menegur tindakan segelintir individu yang disifatkan tidak menghargai pemberian orang lain dan berat mulut untuk mengucapkan terima kasih.

    Memetik laporan mStar, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, bimbang individu berkenaan berkecil hati jika ditegur secara bersemuka, berkata beliau memilih untuk meluahkan rasa kurang senangnya itu menerusi media sosial.

    “Kadang-kadang cara nak tegur melalui media sosial itu yang terbaik. Kalau awak terasa awak akan belajar. Belajar hargai orang sekeliling dengan ucapan terima kasih.

    “Nanti kalau tegur dalam WhatsApp atau secara depan-depan (bersemuka) akan tergores hati dan sentap,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory, kelmarin.

    Dalam pada itu, Fasha berharap individu berkenaan mengubah sikap negatif itu dan lebih menghargai setiap pemberian serta kebaikan yang dilakukan orang lain.

    “Pernah tak jumpa orang yang tidak pandai mengucapkan terima kasih? Tak faham dapat hadiah tak pandai ucap terima kasih. Bukan nak suruh post di media sosial.

    “Cukup sahaja ucap terima kasih, kenapa ya berat mulut dan tak biasakan diri dengan penggunaan terima kasih.

    “Jadi kalau awak lihat IG story ini silakan ubah sikap itu. Belajar ucap terima kasih. Orang ingat awak, belikan awak hadiah walau tak seberapa tapi sebagai tanda ingatan,” ujarnya. – Agensi

    Fasha memilih untuk meluahkan rasa kurang senang itu menerusi media sosial. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda