Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fastabiqul Khairat bantu 14 keluarga memerlukan

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Sebanyak 14 buah keluarga telah menerima sumbangan menerusi program Fastabiqul Khairat anjuran Badan Pelajar Usuluddin Sesi Pengajian 2023/2024, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

    Program yang merupakan sambungan daripada program Usbu’ Tabarru itu dijayakan oleh seramai 11 orang pensyarah dan 37 orang pelajar UNISSA yang terdiri daripada 28 ahli BadrU Sesi 23/24 serta sembilan orang sukarelawan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penolong Rektor UNISSA, Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu yang turut merasmikan program berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan UNISSA, program tersebut ditubuhkan dengan sasaran ke arah sumbangan bagi para mualaf khususnya yang berada di ulu Tutong.

    Keluarga-keluarga yang menerima sumbangan dalam program itu termasuk tujuh buah keluarga di Kampung Kuala Ungar, tiga di Kampung Benutan, tiga di Kampung Rambai dan sebuah keluarga di Kampung Bang Dalam.

    Antara tujuan program adalah untuk menjalinkan hubungan silaturahim dan mengukuhkan lagi hubungan ukhuwah sekali gus memupuk sifat keprihatinan antara warga UNISSA dengan masyarakat awam umumnya dan sesama para mualaf khasnya, serta menyumbang dana kepada golongan yang memerlukan daripada kalangan mualaf.

    Dr Hajah Lilly Suzana bergambar ramai bersama pensyarah-pensyarah Fakulti Usuluddin yang turut hadir. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    Penyampaian sumbangan ke rumah penerima di Kampung Benutan, Tutong. – GAMBAR SERAHAN UNISSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda