Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    ‘Fat Leonard’ ditahan di Venezuela

    SAN DIEGO, 22 SEPT – Ahli perniagaan warga Malaysia, Leonard Glenn Francis (gambar-AP) yang lebih dikenali sebagai ‘Fat Leonard’ dan melarikan diri daripada tahanan rumah di San Diego awal bulan ini, telah ditahan di Venezuela kelmarin.

    Perkhidmatan Marsyal Amerika Syarikat (AS) mengatakan Fat Leonard yang mendalangi skandal sogokan dan rasuah terbesar dalam sejarah Tentera Laut AS itu ditahan ketika cuba menaiki pesawat di lapangan terbang antarabangsa Caracas.

    Menurut pegawai kanan Polis Antarabangsa (Interpol) di Venezuela, Fat Leonard yang berasal dari Pulau Pinang sedang dalam perjalanan menuju ke Rusia selepas melalui Mexico dan Cuba, sebelum ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di ibu negara Venezuela.

    Dia akan terus ditahan di Venezuela sementara menunggu pihak berkuasa AS melakukan proses ekstradisi, menurut portal NBC News.

    Timbalan Penyelia Marsyal AS, Omar Castillo, berkata penahanan itu dibuat selepas Interpol mengeluarkan notis merah, iaitu permohonan oleh pihak berkuasa untuk mengesan dan menahan seseorang.

    Fat Leonard melarikan diri daripada tahanan rumah pada 4 September lalu selepas memotong gelang peranti pemantauannya, sebelum menjadi sasaran buruan pihak berkuasa antarabangsa AS sebelum ini menawarkan hadiah AS$40,000 untuk maklumat yang membawa kepada penangkapannya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...