Friday, February 21, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fathan & Co anjur kempen derma darah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Fathan & Co Advocates and Solicitors telah menganjurkan kempen derma darah, dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), pagi tadi untuk menyokong Tabung Darah Negara Brunei Darussalam di Unit 4, Kompleks Haji Uthman.

    Kempen yang berlangsung pada pukul 10 pagi hingga 3 petang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah secara berkala dan ianya dapat menyelamatkan nyawa serta membantu pesakit yang memerlukan.

    Sebagai tanda penghargaan, semua penderma diberikan dengan snek ringan serta aiskrim untuk memastikan kesejahteraan mereka selepas menderma.

    Fathan & Co bersama Tabung Darah Hospital RIPAS mengajak pelanggan, kakitangan dan orang ramai untuk turut serta dalam usaha murni ini.

    Dengan menderma darah, individu dapat membantu memastikan bekalan darah yang mencukupi di hospital dan pusat perubatan bagi keperluan kecemasan dan rawatan perubatan.

    GAMBAR OLEH FADLEY FAISAL
    Antara yang hadir menyertai kempen derma darah berkenaan. – GAMBAR OLEH FADLEY FAISAL
    GAMBAR OLEH FADLEY FAISAL
    GAMBAR OLEH FADLEY FAISAL
    GAMBAR OLEH FADLEY FAISAL

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda