Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fatin Nadzirah menang $5,000 di cabutan bertuah Hari Raya GHK

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Fatin Nadzirah binti Asan tidak mampu menahan sebak apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Cabutan Bertuah Promosi GHK Raya Rewards 2023 yang berlangsung pagi tadi bertempat di bilik pameran Mitsubishi di Beribi.

    Beliau yang membawa pulang hadiah berjumlah $5000 itu mengongsikan kepada pihak media bahawa berkat doa serta restu orang tuanya hari ini telah memberikannya rezeki yang tidak terduga apabila dipilih sebagai pemenang hadiah utama dalam promosi GHK Motors Sdn Bhd yang berjalan dari 1 Mac hingga 31 Mei 2023 lepas.

    Beliau turut menjelaskan yang beliau sama sekali tidak menyangka bahawa pembelian Mitsubishi Pajero Sport baharunya itu akan memberikannya peluang untuk memenangi cabutan bertuah pada hari ini.

    Pengarah GHK Motors, Jake Goh mrnyampaikan hadiah utama kepada Fatin Nadzirah, pada hari ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda