Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fattah Amin jadi ketua eksekutif pemasaran bisnes makanan

    Rezeki semakin mencurah-curah, pelakon Fattah Amin kini mempunyai pekerjaan tetap apabila dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran sebuah syarikat makanan.

    Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, diberi tanggungjawab merancang strategi jualan melalui platform media sosial.

    “Saya berharap pelantikan ini dapat memberi satu pembaharuan perniagaan yang lebih efektif dan efisyen dan merangka strategi jualan yang relevan melalui media massa dan media sosial.

    “Saya harap Fattah mampu pikul amanah jawatan dengan penuh cemerlang. See you at work,” kata wakil jenama berkenaan menerusi satu kenyataan di Instagram pada Rabu.

    Sebelum ini, Fattah pernah muncul mempromosikan jenama berkenaan dalam sebuah iklan yang ditayangkan di media sosial.

    Bukan hanya bercakap tentang produk tersebut malah dia juga turut bekerja melayan pelanggan yang hadir ketika menjalani penggambaran.

    Hasil komisen penglibatannya dalam mempromosikan jenama tersebut juga turut disumbangkan kepada golongan memerlukan. – Agensi

    Fattah sebelum ini terlibat mempromosikan jenama berkenaan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda