Thursday, May 8, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fattah Amin & Neelofa ungguli Anugerah MeleTOP Era 2017

    SHAH ALAM -Pelakon sensasi Fattah Amin menepati ramalan apabila memenangi kategori utama Anugerah MeleTOP 2017 (AME2017) menerusi kategori Top Top MeleTOP (Lelaki).

    Malah acara yang diadakan di Stadium Malawati di sini itu turut memperlihatkan Fattah menyapu bersih tiga lagi trofi pada malam itu.

    Fattah membawa pulang trofi menerusi kategori Pelakon MeleTOP, Bintang Online MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

    Gandingannya dalam drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot iaitu Neelofa pula memenangi Top Top MeleTOP (Wanita).

    Kemenangan menerusi kategori utama itu membolehkan mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi.

    Fattah Amin dan Neelofa ungguli Anugerah Meletop Era 2017 (AME2017).
    Fattah Amin dan Neelofa ungguli Anugerah Meletop Era 2017 (AME2017).

    Neelofa turut memenangi trofi Hos MeleTOP manakala drama Suri Hati Mr. Pilot turut diumumkan pemenang kategori Drama MeleTOP.

    Sementara itu, Johan turut menyerlah pada malam itu apabila turut menggondol tiga trofi iaitu Penyampai Radio MeleTOP, Pelawak MeleTOP dan Program Radio MeleTOP menerusi Johara Pagi Era.

    Siti Nordiana pula membuat kejutan apabila muncul sebagai pemenang Penyanyi MeleTOP manakala Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir dipilih penerima trofi Grup/Duo MeleTOP.

    Lagu MeleTOP pula milik Ayda Jebat menerusi Pencuri Hati dan Artis Baharu MeleTOP dimena-ngi oleh Khai Bahar.

    Pada acara sama, pasangan penyanyi Stacy dan Akim Ahmad dipilih sebagai penerima trofi Couple MeleTOP dan anak kepada pelakon Hairul Azreen iaitu Yusof Iskandar memenangi kategori Si Cilik MeleTOP.

    Filem arahan Syamsul Yusof iaitu Munafik muncul pemenang Filem MeleTOP manakala Fasha Sandha memenangi Pelakon Filem MeleTOP.

    Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi.

    Acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada OAG, Khai Bahar, Haqiem Rusli, Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Hafiz, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Ayda Jebat dan Datuk M Nasir.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda