Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fattah Amin rindukan anak setiap hari

    Luahan Fattah Amin mengenai kerinduan terhadap anaknya menyentuh hati warganet dan peminat.

    Menerusi satu perkongsian di Instastory, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata dia sentiasa memikirkan anaknya iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    “Saya memikirkan tentang kamu setiap hari, dan malam amat sukar kerana kamu tiada di sisi saya.

    “Anak perempuanku yang tersayang, ayah rindukan kamu,” tulisnya.

    Difahamkan sejak berpisah dengan pelakon Fazura, Fattah dilaporkan tidak lagi tinggal bersama anak perempuannya itu.

    Pada 21 Oktober lalu, pelakon filem Mat Kilau ini ada berkongsi momen dia meluangkan masa bersama Fatima.

    Untuk rekod, Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 7 Oktober lalu.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya. – Agensi

    Fattah setiap hari memikirkan tentang anaknya Fatima. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda