Sunday, March 9, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fattah Amin sedih Fatima kurang sihat

    Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa kecewa apabila dia tidak dapat berjumpa dan meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya.

    Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, mereka tidak dapat bertemu kerana anak kesayangannya itu sedang berada dalam keadaan tidak sihat.

    “Sudah beberapa kali Daddy (panggilan Fattah) datang tapi tak dapat jumpa Fatima.

    “Kasihan Fatima tak sihat, mohon doakan Fatima,” katanya.

    Fattah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Jumaat.

    Menerusi hantaran sama, Fattah berkongsi keadaan Fatima, 5, yang dilihat sedang mengambil ubat.

    Pun begitu, Fattah tidak berkongsi lanjut mengenai masalah kesihatan dialami Fatima.

    Sebelum ini, Fattah dan bekas isterinya, Nur Fazura, 42, mencapai kata sepakat berhubung hak penjagaan anak mereka.

    Fazura mendapat hak penjagaan sepenuhnya manakala Fattah pula diberikan hak bermalam dua kali dan lawatan tiga kali seminggu.

    Untuk rekod, Fattah mendirikan rumah tangga bersama Fazura pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. – Agensi

    Fattah beberapa kali tidak dapat luangkan masa bersama Fatima. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda