Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fattah nafi wajah eksklusif untuk filem

    Pelakon Malaysia, Fattah Amin menepis dakwaan wajahnya kini eksklusif untuk layar perak hanya kerana dilihat sudah lama tidak beraksi di kaca televisyen (TV).

    Mengulas lanjut, Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 34, mengakui masih berminat untuk berlakon di layar kaca dan mempunyai beberapa projek drama yang sedang dalam pembikinan.

    “Wajah saya bukanlah eksklusif untuk filem. Itu kerana saya masih berminat untuk berlakon dalam drama.

    “Ada drama yang masih menjalani penggambaran dan menyusul beberapa projek drama lain.

    “Saya sedar sebagai pelakon, saya ada penonton yang suka tengok di pawagam dan drama. Saya kena bahagi sama rata.

    Fattah akan mempertimbangkan watak berbeza sebelum bersetuju. – nst.com

    “Apa yang lebih penting, pemilihan sesuatu naskhah dan bukannya kerana saya berlakon dalam filem, jadi saya kena kekalkan prinsip ini. Kalau naskhah atau rezeki yang datang berbeza dan tak pernah bawa watak berkenaan, saya akan pertimbangkan sebelum bersetuju.

    “Tak kisahlah sama ada naskhah itu untuk TV, saluran penstriman ataupun filem,” katanya kepada BH Online. Kali terakhir Fattah muncul di kaca TV menerusi drama Khilaf Asmara yang ditayangkan di TV3 pada 2022.

    Terdahulu, pemenang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 itu ditemui pada majlis tayangan perdana Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, baru-baru ini.

    Menerusi filem sekuel Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu, Fattah bergandingan dengan isterinya, Nur Fazura yang memegang watak sebagai serikandi Islam bernama Sayang.

    Berkongsi perasaan berlakon bersama Nur Fazura, Fattah mengakui bergandingan dengan isteri dalam karya sentuhan Shaharudin Mat Dali dan Saiful Reza Shukor itu menghadirkan semangat baharu buatnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda