Fauci terpaksa jalani kuarantin

WASHINGTON, 10 MEI – Pakar penyakit berjangkit terkemuka, Anthony Fauci, adalah antara tiga orang anggota pasukan petugas koronavirus Rumah Putih yang akan mengasingkan diri setelah berpotensi terdedah kepada patogen, media Amerika Syarikat (AS) melaporkan kelmarin.

Jumaat lalu, setiausaha akhbar melaporkan bahawa Naib Presiden, Mike Pence yang diuji positif telah meningkatkan kerisauan mengenai pegawai pentadbiran tertinggi turut dijangkiti virus tersebut.

Robert Redfield, pengarah Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan, dan Stephen Hahn, pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Perubatan, akan membuat pengasingan diri, kata CNN.

Tetapi Fauci – yang dilantik menjadi orang yang dipercayai oleh kerajaan untuk mengetuai respons virus – mem- beritahu rangkaian bahawa dia akan menjalani ‘kuarantin yang diubahsuai’ kerana dia tidak berada dalam lingkungan yang dekat dengan kakitangan Rumah Putih yang dijangkiti.

Ketua penyakit berjangkit di Institusi Kesihatan Kebangsaan itu akan kekal berada di rumahnya untuk melakukan tugasan dan akan memakai penutup hidung dan mulut selama dua minggu.

Anthony Fauci, adalah antara tiga orang anggota pasukan petugas koronavirus Rumah Putih yang akan mengasingkan diri setelah berpotensi terdedah kepada patogen. – AP

Dia akan menjalani ujian koronavirus setiap hari, dan setakat ini keputusannya adalah negatif dijangkiti virus.

Redfield dan Hahn akan dikuarantin selama dua minggu selepas terdedah dengan seseorang yang diuji positif, kenyataan dari FDA dan CDC kepada media AS.

Pegawai tidak mendedahkan identiti individu yang didapati positif dijangkiti COVID-19 yang berhubung dengan anggota pasukan petugas.

Awal minggu ini, presiden AS, Donald Trump mengumumkan rancangan untuk menutup anggota pasukan petugas, sebelum menariknya semula hari kemudian.

Ahli-ahli kumpulan – yang berkoordinasi antara institusi perubatan, ahli politik dan gabenor negeri – mengadakan sidang media harian yang bertujuan untuk memberitahu kepada negara mengenai situasi terkini wabak tersebut.

Ketiga-tiga lelaki tersebut masih akan memberi keterangan pada sidang koronavirus Senat, dengan Redfield dan Hahn menghubungi melalui perisian konferensi video, menurut Senator, Lamar Alexander, ketua jawatankuasa kebersihan bilik itu. – AFP