Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Fauzi Nawawi berjaya tamat pengajian diploma

    Usia dan kesibukan kerja bukan penghalang buat pelakon Fauzi Nawawi menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem di Meatech Creative Academy.

    Fauzi atau Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 51, sebaliknya berkata semangat isteri iaitu Lisdawati pendorong dia berazam mencapai sesuatu dalam kehidupannya.

    Malah, bapa kepada lapan cahaya mata ini mahu memberi contoh terbaik buat kesemua anak-anaknya.

    “Saya menyambung pelajaran kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak sudah besar, saya rasa perlu buat sesuatu bagi contoh yang baik buat mereka semua.

    “Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini. Jadi saya harap dapat menjadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka.

    “Saya ada lapan orang anak dan sebagai ketua keluarga, kenalah beri contoh
    terbaik,” katanya ketika dihubungi mStar hari ini.

    Fauzi diraikan dalam Majlis Konvokesyen Meatech ke-6 yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur kelmarin.

    Dalam pada itu, Fauzi berharap keputusan menyambung pelajaran dapat menutup tanggapan segelintir tentang golongan selebriti tidak mementingkan pelajaran.

    Malah dia sendiri terinspirasi daripada ramai golongan selebriti lain yang berjaya menggenggam ijazah walaupun sibuk dengan aktiviti seni. – Agensi

    Fauzi berkongsi kegembiraan tamat pengajian. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemimpin Asia S ucap tahniah kepada presiden baharu Iran

    NEW DELHI, 7 JULAI – Pemimpin-pemimpin Asia Selatan menyampaikan ucapan tahniah kepada presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian serta menzahirkan hasrat mereka untuk mengukuhkan hubungan...