Friday, April 18, 2025
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fauziah Latiff tolak tawaran konsert setiap tahun

    Sering menerima tawaran mengadakan konsert, penyanyi Fauziah Latiff bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri untuk menolak peluang yang mahu diberikan itu.

    Memikirkan soal persiapan, Fauziah, 55, berkata dia perlu meneliti setiap aspek kerana mahu memberikan yang terbaik buat peminat.

    “Hampir setiap tahun ada sahaja syarikat penganjur beri tawaran untuk mengadakan konsert. Tapi saya takut, belum lagi terfikir nak adakan konsert.

    “Untuk konsert sebegitu perlu persediaan rapi dan ambil masa mungkin tiga hingga enam bulan. Kalau ikut pengalaman saya tahu ia bukan mudah. Saya juga ambil serius dalam setiap perkara,” katanya kepada mStar.

    Fauziah ditemui ketika majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Srikandi yang berlangsung di Angkasapuri, Kota Media, Kuala Lumpur kelmarin.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Enggan ini juga menyedari ramai peminat ternanti-nanti kemunculan karya baharunya.

    Masih mencari peluang dan karya terbaik, Fauziah juga memberitahu dia terbuka sekiranya dapat bekerjasama dengan mana-mana penyanyi lain.

    “Saya terbuka untuk berkolaborasi. Jika ia dapat memberi sesuatu kepada peminat, itu yang saya mahukan.

    “Untuk lagu baru, saya masih lagi menanti sebuah karya yang bagus. Sebelum ini pernah cakap nak rakam lagu tetapi belum ada rezeki ke aras itu,” ujarnya.

    Sementara itu bercakap mengenai dunia lakonan, Fauziah juga memberitahu dia amat selektif dan hanya menerima satu tawaran dalam setahun.

    “Ada juga tawaran yang saya tolak mungkin disebabkan masa kurang sesuai. Keutamaan saya sekarang adalah menjaga ibu di rumah.

    Dalam drama Srikandi, Fauziah memegang watak sebagai Bonda Sultanah yang kehilangan anaknya iaitu Sultan Zainal Abidin (lakonan Luqman Hafidz).

    Fauziah amat teliti dalam merancang konsert. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda