Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fazura, anak sentiasa ‘dekat’ Fattah Amin

    Pelakon Fattah Amin menyifatkan isteri dan anak perempuannya adalah dua individu paling penting dan sentiasa mengutamakan mereka berdua.

    Walaupun sibuk dengan aktiviti seni, Fattah mereka sentiasa ada dalam ‘pandangan’ apabila meletakkan foto isterinya, Nur Fazura dan anak mereka Fatima sebagai penghias skrin telefon miliknya.

    “Keluarga adalah nombor satu bagi saya dan ke mana-mana ini adalah wallpaper saya. Gambar Fatima dan Mummy dia. Gambar ini sudah lama sejak Fatima berumur dua tahun. Saya tak pernah tukar. Bila ada penggambaran, inilah yang jadi peneman kerana kita selalu tengok telefon,” katanya.

    Fattah berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama Pa&Ma yang dimuat naik di TikTok.

    Lebih mencuri perhatian ramai apabila temu bual itu dilakukan sekitar Jun lalu sekali gus menghentikan pelbagai spekulasi yang timbul melibatkan pasangan berkenaan sejak kebelakangan ini.

    Dalam pada itu, Fattah juga memberitahu dia dan Fazura sentiasa akan mencari peluang untuk meluangkan masa bersama walaupun dalam keadaan yang sibuk.

    “Kalau masing-masing sibuk, kami akan mencari masa untuk makan sekali dan melayan Fatima. Sibuk macam mana sekali pun akan cari masa untuk lakukan bersama kerana ia boleh eratkan lagi hubungan keluarga,” kongsinya.

    Untuk rekod, Fazura dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 3 tahun. – Agensi

    Fattah sentiasa pandang wajah Fazura dan Fatima di telefon bimbitnya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda