Tuesday, November 5, 2024
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fazura muncul lepas cerai dengan ‘Tiada penyesalan’

    Tujuh tahun bertahan dalam perkahwinan, pelakon Nur Fazura memberitahu dia tidak menyesal hubungan bersama Fattah Amin berakhir dengan penceraian.

    Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin dalam masa sama dirinya kini kembali bangkit selepas sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.

    “Saya berkahwin tujuh tahun dan baru sahaja bercerai sebulan lalu. Tiada penyesalan.

    “Saya bangga kerana kembali pulih dan telah memberikan sepenuhnya dalam perkahwinan,” ujarnya.

    Fazura berkongsi perkara itu ketika tampil menjadi tetamu dalam program bual bicara Sea Today di Jakarta, Indonesia bagi mempromosikan lagu baharunya berjudul Bertahan Demi Cinta.

    Dia mengulas perkara tersebut selepas pengacara berkenaan bertanya tentang inspirasi lagu itu yang juga berkisarkan tentang rumah tangga.

    “Lagu ini tentang seorang lelaki dan wanita yang saling mencintai. Dalam perkahwinan banyak halangan dan perlu bertahan demi cinta dan sebab itu tajuk lagu ini Bertahan Demi Cinta,” ujarnya.

    Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya komposer Ippo Hafiz dan diterbitkan oleh syarikat rakaman Indonesia iaitu Hits Records.

    Ia juga merupakan lagu duet Fazura bersama Fattah dan ia menjalani rakaman sekitar Februari lalu ketika mereka masih bergelar suami isteri.

    Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya nyanyian di Indonesia, Fazura memberi bayangan dia bakal mengeluarkan lagu baharu kolaborasi bersama komposer terkenal Ade Govinda. – Agensi

    Fazura mempromosikan lagu baharu di Indonesia. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda