Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fazura pelakon profesional – Nadia Brian

    Nadia Brian menyifatkan Nur Fazura pelakon profesional apabila tidak menunjukkan tanda berdepan krisis rumah tangga ketika mereka menjayakan drama rantaian, Lelaki Itu.

    Memetik laporan Berita Harian, sebaliknya, Nadia berkata, Fazura tampak ceria sepanjang penggambaran drama itu, akhir tahun lalu.

    “Ketika bekerjasama dengan Fazura, dia sangat baik dan amat memberi kerjasama dalam aspek lakonan.

    “Itu isu peribadi. Saya juga tidak mengenali pasangan dia dengan rapat.

    “Ketika berlakon, kami ada dua pasukan berbeza. Tetapi apabila dalam satu set penggambaran, Fazura sangat peramah, ceria dan profesional.

    Nadia terkejut dapat tahu isu perceraian Fazura dan Fattah. – Kosmo.my

    “Fazura tidak menunjukkan tanda dia sedang dalam masalah,” katanya ditemui pada majlis sidang media pementasan teater Kerana Percayakan Siti di Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) di Taman Putra Sulaiman di sini, pada Jumaat.

    Nadia mengulas isu Fazura yang memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin, 34, di Mahkamah Syariah Petaling Subang Bestari, Shah Alam, pagi Jumaat.

    Sementara itu, Nadia yang pernah melalui episod perceraian meminta semua pihak dapat memberi ruang kepada Fazura dan Fattah mengharungi situasi getir itu.

    “Saya sangat terkejut apabila dapat tahu perkara itu. Siapa yang mahu perkahwinan berakhir dengan perceraian. Perkara itu perlukan banyak usaha.

    “Hanya tuan badan yang melaluinya sahaja tahu, jadi biarkan mereka harunginya. Kita hanya mampu mendoakan yang baik-baik,” ungkap Nadia.

    Selain Nadia, teater Kerana Percayakan Siti arahan Afiza Asram menampilkan Farah Ahmad, D’Boy Hamdan,Shariah Sofia, Firdaus Karim, Swarna Naidu dan Anwar Rusdini.

    Teater itu akan dipentaskan di Blackbox Damansara Performing Arts Centre(DPAC), Petaling Jaya selama tiga hari mulai 4 Oktober ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda