Sejak kebelakangan ini, pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin sudah jarang dilihat bersama sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka yang dikatakan bermasalah.
Disebabkan itu juga, Fazura dan Fattah sering dihujani pertanyaan mengenai perkara tersebut di ruang komen laman sosial mereka.
Enggan memanjangkan spekulasi tersebut, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, menjelaskan mereka lebih selesa untuk tidak lagi berkongsi hal peribadi kepada umum.
Malah memberitahu Fattah ketika ini berada di rumah.
“Ada di rumah! Kami lebih memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi sekarang,” katanya.
Fazura berkongsi perkara itu bagi menjawab persoalan warganet yang bertanyakan keberadaan Fattah dan anak mereka iaitu Fatima.
Malah ada juga yang turut sama menyedari akan hal itu dan menyatakan sudah lama tidak melihat keluarga mereka bersama.
“Di mana menantu mama Fattah dan Fatima, cucu nenda tersayang.
“Betul, mahal sekali lihat kebersamaan mereka sekarang,” tulis warganet.
Tinjauan mStar mendapati, kali terakhir pelakon filem Gol & Gincu itu memuat naik foto bersama Fattah dan anak mereka adalah pada sambutan Aidilfitri April lalu.
Selain memuat naik foto peribadinya, Fazura dilihat lebih banyak berkongsi gambar dan video tentang peperangan yang berlaku di Palestin. – Agensi