Sunday, July 27, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fazura sudah kenal pasti pemfitnah

    Susulan laporan yang dibuat berhubung dakwaan memfitnah dirinya, pelakon dan penyanyi Nur Fazura berjaya mengesan beberapa individu yang terlibat.

    Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, hasil kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), maklumat terperinci mengenai individu terbabit telah dikenal pasti.

    “Banyak nama sayang saya dapat daripada pelbagai platform. Mereka ada maklumat semua di sebalik nama ini.

    “Saya tak tahu bagaimana SKMM buat, tetapi saya dapat lihat wajah orangnya,” katanya menurut laporan mStar.

    Fazura berkata demikian dalam satu sesi siaran langsung dan kemudian dikongsi semula oleh pengikut di media sosial.

    Dakwaannya dia juga ada menyimpan segala maklumat tersebut sebagai  rujukan.

    Fazura bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada pihak SKMM untuk terus menjalankan siasatan.

    “Saya serahkan kepada SKMM untuk jalankan siasatan,” jelasnya.

    Pada Khamis lalu, Fazura berkongsi gambar hadir ke pejabat SKMM dan berada di sebuah bilik gerakan agensi berkenaan.

    Dalam beberapa hantaran yang dimuat naik, dia turut membawa salinan bukti-bukti komen warganet. – Agensi

    Fazura hadir ke pejabat SKMM pada Khamis bersama salinan bukti. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda