Friday, March 28, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fazura Syasya serasi nyanyi lagu raya

    Berpeluang bekerjasama dengan Syasya Rizal dalam lagu Raya Pum Pang, penyanyi Nur Fazura meluahkan rasa syukur lagu berkenaan menerima sambutan baik pendengar.

    Pertama kali berduet bersama penyanyi wanita, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin berkata penghasilan lagu berkenaan memberikan pengalaman baharu buat dirinya, menurut mStar.

    “Saya sangat teruja dan bersyukur diberikan peluang untuk bekerjasama buat pertama kali dengan beberapa individu berbakat dalam single raya ini. Ini adalah pengalaman baru buat saya dengan persekitaran kerja yang berbeza.

    “Bekerjasama dengan Syasya untuk lagu ini juga adalah pengalaman menarik kerana ini kali pertama saya berduet dengan artis wanita, lebih istimewa lagi kerana ia adalah buah tangan khas untuk Aidilfitri,” katanya.

    Sementara itu, Syasya pula berkongsi pengalaman tidak dapat dilupakannya ketika menjalani penggambaran video muzik (MV) Raya Pum Pang bersama anak lelakinya iaitu Muhammad Yassir Hayyan.

    Kata Syasya dia bersyukur anak damitnya itu memberikan kerjasama baik sepanjang penggambaran itu berlangsung.

    “Yassir sangat friendly dan suka mendengar bunyi bising, jadi dia sangat seronok sepanjang sesi penggambaran,” ujarnya.

    Berkongsi mengenai kolaborasi bersama penyanyi Fazura, Syasya menyifatkan aktres itu sebagai seorang yang penyayang dan kelakar.

    Malah Syasya tidak menyangka dia dan Fazura mempunyai keserasian selepas menyanyikan lagu bersama.

    “Saya suka Fazura, dia sangat penyayang dan dalam masa yang sama sangat kelakar. Pada awalnya, saya risau kalau kami tidak serasi, tetapi ternyata vibes kami memang kena sangat,” katanya.

    Lagu Raya Pum Pang merupakan hasil ciptaan Mage, Ja’a, Glowrush dan Nick Ariff dan diterbit oleh Universal Music Malaysia. Karya ini juga adalah hasil kerjasama antara Universal Music Malaysia, Faithful Music dam Fazura Studios. – Agensi

    Fazura dan Syasya serasi berduet bersama. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda