Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fazura tak tolak jodoh kembali berumah tangga

    Pelakon Nur Fazura tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi sekiranya bertemu jodoh terbaik buat dirinya.

    Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, bagaimanapun berkata ketika ini dia memberikan fokus kepada anak perempuan, Nur Fatima Aisya dan perniagaan yang diusahakan.

    Pun begitu, dia berharap orang ramai dapat mendoakan dirinya bertemu dengan lelaki yang boleh menjadi suami terbaik buatnya nanti.

    “Doakan saya, walaupun sekarang sudah single saya fokus kepada Fatima dan kerjaya.

    “Tapi mudah-mudahan jika ditakdirkan ada jodoh lagi, semoga yang baik-baik dan terbaik untuk saya dan Fatima. Doakan okay!

    “Kita tunggu jodoh sama-sama nanti ya, mudah mudahan,” luahnya.

    Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Fazura semasa melakukan siaran langsung di TikTok miliknya selepas warganet memujinya terlihat berseri olah-olah ingin bernikah.

    Sebaik sahaja pujian tersebut dibacakan oleh pekerjanya, Fazura dilihat tersipu malu sambil tersenyum lebar.

    Sebelum ini, Fazura mengumumkan dirinya selesai menjalani tempoh idah selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.

    Untuk rekod Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

    Mereka mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun. – Agensi

    Fazura fokus kepada anak perempuannya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda