NEW YORK, 10 Mei – Salah seorang pengasas bersama Facebook semalam menggesa syarikat gergasi media sosial itu dipecahkan, mengingatkan bahawa ketua syarikat, Mark Zuckerbeg telah menjadi terlalu berpengaruh.
“Sudah tiba masanya untuk memecahkan Facebook,” kata Chris Hughes, yang bersama Zuckerberg menubuhkan rangkaian online dalam bilik asrama mereka ketika kedua-dua mereka masih menjadi pelajar di Universiti Harvard pada 2004.
Dalam satu editorial yang diterbitkan dalam akhbar The New York Times, Hughes berkata, “tumpuan Zuckerberg pada pertumbuhan mendorongnya mengorbankan keselamatan dan peradaban,” dan mengingatkan pengaruh global beliau adalah ‘mengejutkan’.
Zuckerberg bukan sahaja mengawal Facebook tetapi juga menggunakan Instagram dan platform WhatsApp secara meluas, dan Hughes berkata lembaga Facebook lebih berfungsi sebagai satu jawatankuasa penasihat daripada mengawasi kuasa ketua eksekutif.
“Facebook mengakui dengan kejayaan datangnya sikap bertanggungjawab,” kata naib presiden hal ehwal global dan komunikasi Nick Clegg.
“Namun anda tidak mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan menggesa pemecahan sebuah firma Amerika yang berjaya.” – AFP