Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    FB hasrat bina ‘metaverse’

    PARIS, 18 OKT – Facebook (FB) hari ini mengumumkan rancangan untuk menggaji 10,000 orang di Kesatuan Eropah untuk membina ‘metaverse’, internet versi realiti maya yang syarikat teknologi gergasi itu melihatnya sebagai masa depan.

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FB, Mark Zuckerberg telah menjadi suara utama di Silicon Valley tentang idea metaverse yang akan mengaburkan garisan antara dunia fizikal dan digital.

    Kekuatan teknologi itu, contohnya, membolehkan seseorang untuk memakai kaca mata realiti maya yang menjadikan ia nampak seperti bersemuka dengan seorang rakan – namun sebenarnya ia beribu batu jauhnya serta disambung menerusi internet.

    “Metaverse mempunyai potensi untuk membantu membuka akses kepada peluang ekonomi, sosial dan kreatif baharu. Dan penduduk Eropah akan membentuknya dari awal,” kata Facebook dalam catatan blog.

    Pengambilan pekerja di EU yang berlangsung selama lima tahun itu akan termasuk ‘jurutera khas tertinggi’ namun syarikat itu hanya memberi sedikit butiran mengenai rancangannya untuk pasukan baharu metaverse.

    “EU mempunyai beberapa manfaat untuk menjadikan ia tempat hebat bagi syarikat teknologi untuk melabur – pasaran pengguna terbesar, universiti kelas pertama dan yang paling penting bakat kualiti unggul,” menurut catatan dalam blog tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda