Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    FBA UNISSA anjur Bengkel Kemahiran Bahasa Arab

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab (FBA) telah mengadakan Bengkel Kemahiran Bahasa Arab bagi mahasiswa dan mahasiswi Tahun 4 pra siswazah, siswazah dan alumni Fakulti Bahasa Arab di kampus Gadong.

    Fasilitator jemputan ialah Dr Kamal Abdel Aziz Ibrahim, pensyarah di Universiti Fayoum, Republik Arab Mesir.

    Antara tujuan bengkel itu diadakan adalah agar menjadi wadah untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang bahasa Arab dari segi pendidikan bahasa Arab dan penulisan ilmiah secara khasnya.

    Bengkel selama dua hari dan disambung lagi sehari bagi tenaga akademik UNISSA dalam usaha mengembangkan kemahiran mengajar bahasa Arab dan menerbitkan penulisan ilmiah berkaitan bahasa Arab sekali gus akan mengangkat lagi nama UNISSA dan Negara Brunei Darussalam di dunia Arab.

    FBA UNISSA sebagai satu-satunya fakulti yang mempunyai kepentingan dalam mengembangkan bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi tempatan di negara ini sentiasa membuka peluang kepada anak watan dan orang luar bagi sama-sama mengembangkan kebolehan sumber tenaga manusia khususnya dalam bidang bahasa Arab.

    Dr Kamal dan para peserta bergambar ramai semasa bengkel berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    GAMBAR SERAHAN UNISSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda