Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    FBI siasat Ben Affleck guna dron di lokasi kebakaran LA

    Kediaman pelakon Ben Affleck telah dikunjungi pihak polis dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) bagi membantu siasatan berhubung kebakaran di kawasan Pacific Palisades, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

    Menurut laporan Page Six, FBI dan polis melakukan siasatan berhubung aktiviti menerbangkan dron secara haram di kawasan kebakaran di Pantai Pacific Palisades.

    “Anggota pasukan tugas khas FBI sedang melakukan siasatan kegiatan di kawasan kebakaran Palisades kerana berkait dengan aktiviti menerbangkan dron secara tidak tidak sah,” kata media tempatan.

    Menurut sumber, pelakon Batman itu memiliki salah satu koleksi dron jenis Super Scooper dan kehadiran pihak berkuasa bagi memeriksa rakaman litar tertutup di rumahnya bagi mengesahkan tiada penerbangan dibuat sewaktu kejadian kebakaran.

    Difahamkan dron peribadi miliknya itu mempunyai keupayaan mengganggu frekuensi pesawat pemadam kebakaran.

    Sehingga kini Ben masih lagi tidak memberikan kenyataan berhubung laporan berkenaan. – Agensi

    Ben Affleck dituduh terbang dron secara haram. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda