LOS ANGELES, 30 Mac – Ejen-ejen FBI telah memberkas seorang pendakwa berbangsa Mexico yang disyaki terlibat dalam sebuah sindiket yang menghasilkan dan memperdagangkan dadah termasuklah heroin dan kokain ke AS, menurut pihak berkuasa semalam.
Edgar Veytia, peguam negeri di negeri Nayarit, barat Mexico diberkas Isnin lalu di sempadan AS di San Diego. Dia ditahan dengan waran dari mahkamah negeri New York.
Veytia dipercayai ditahan di jambatan antara lapangan terbang San Diego dan Tijuana, lapor media tempatan.
“Ini adalah satu perkembangan yang tidak kami jangkakan,” Gavenor Nayarit Roberto Sandoval tanpa menyebutkan jenayah peringkat tertinggi itu.
Dalam pendakwaan yang dibacakan oleh AFP, para pendakwa berkata Veytia berdepan tiga pertuduhan berkomplot untuk menghasilkan, dan mengedarkan heroin, kokain, metamfetamin dan marijuana, berkomplot untuk mengimport bahan-bahan itu, dan berkomplot untuk mengedarkannya.
Pendakwaan itu mengatakan dia terlibat dalam kegiatan dadah bermula Januari 2013 sehingga bulan lalu.
Salah satu nama samarannya adalah Diablo menurut pendakwaan itu. – AFP