Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    FBI temui simpanan bahan letupan terbesar di Virginia

    MOSCOW, 1 JAN – FBI menemukan simpanan bahan letupan terbesar dalam sejarah biro itu semasa penahanan seorang penduduk Virginia, menurut dokumen mahkamah, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    Brad Spafford ditahan pada 17 Disember kerana menyimpan senapang laras pendek yang tidak berdaftar, menurut dokumen itu, sambil menambah bahawa semasa penggeledahan di ladangnya, simpanan bahan letupan ditemukan.

    “FBI menemukan lebih 150 peranti letupan yang dapat dikenal pasti di hartanah itu, yang dinilai awal sebagai rampasan terbesar mengikut bilangan alat letupan siap dalam sejarah FBI. Juruteknik bom FBI, yang melakukan imbasan x-ray peranti itu di tempat kejadian, menilainya sebagai bom paip. Majoriti ditemukan di garaj berkembar, disusun mengikut warna.Ada yang dilabelkan dengan perkataan ‘maut’. Ada yang telah dimuatkan ke dalam vest,” kata pendakwa raya dalam usul penahanan.

    Siasatan ke atas Spafford dimulakan pada 2023 apabila jirannya melaporkan kepada pihak berkuasa bahawa dia menyimpan bahan letupan dan telah kehilangan tiga jari. Jiran itu juga berkata dia menggunakan gambar Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sebagai sasaran latihan di lapang sasar.

    “Pembebasannya menimbulkan bahaya melampau kepada mereka yang tinggal bersamanya, masyarakat umum dan juga pegawai praperbicaraan yang akan ditugaskan untuk memeriksa kediamannya secara berkala untuk mencari senjata api, termasuk bahan letupan berbahaya dan tidak stabil,” menurut usul itu.

    Peguam Spafford merayu untuk pembebasannya sebelum perbicaraan, memetik ciri-ciri peribadinya sebagai, “seorang lelaki yang berdedikasi kepada keluarga dan tidak mempunyai rekod jenayah”. – Bernama-Sputnik/Ria Novosti

    FBI temui simpanan letupan terbesar. –  Gambar Pexels.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda