Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    FDA syor suntikan tahunan

    WASHINGTON, 24 JAN – Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengeluarkan pelan baharu mengenai suntikan dos penggalak vaksin COVID-19, lapor agensi Anadolu.

    Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) di bawah pelan baharu itu FDA mencadangkan pemberian suntikan vaksin COVID-19 secara tahunan untuk kebanyakan golongan dewasa di negara ini sama seperti suntikan influenza.

    Perkara itu dinyatakan dalam satu dokumen taklimat yang dikeluarkan menjelang mesyuarat pakar vaksin yang dijadualkan pada Khamis.

    “Tetapi sebarang rancangan untuk vaksin COVID-19 itu mesti mengambil kira masa yang diperlukan untuk menghasilkan dos vaksin yang mencukupi,” menurut FDA.

    Keputusan mengenai komposisi vaksin yang disyorkan boleh dibuat tepat pada masanya mengikut pengeluaran tidak lewat daripada September setiap tahun. – Bernama

    FDA mencadangkan pemberian suntikan vaksin COVID-19 secara tahunan untuk kebanyakan golongan dewasa di negara ini sama seperti suntikan influenza. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda