Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    FDA Thailand uji mi cawan tercemar

    BANGKOK, 26 JAN – Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan telah menarik balik 3,040 mi cawan yang diimport dari Korea Selatan untuk menguji sama ada ia tercemar dengan racun herba, umumnya hari ini.

    Timbalan Setiausaha Agung FDA, Withit Saritdeechaikul memberitahu sidang media, agensi itu telah menarik balik mi segera jenama Nongshim Shin Ramyun Black Bowl (Tofu Kimchi) untuk diuji.

    Penarikan balik itu menyusuli pengumuman daripada FDA Taiwan yang ia telah mengesan tahap berbahaya etilena oksida dalam paket perasa jenama itu.

    Withit berkata pegawai Taiwan mendapati etilena oksida dalam perasa mi itu mencapai tahap tidak selamat iaitu 0.075 miligram sekilogram.

    Jenama mi Korea telah diimport dua kali oleh Pro Thai Co Ltd – 480 cawan dengan tarikh luput 4 Februari dan 2,560 cawan yang tamat tempoh pada 8 Mei – menurut dapatan FDA.

    Withit berkata semua mi cawan import jenama itu telah ditarik balik untuk diuji.

    FDA akan memaklumkan kepada orang ramai sebaik sahaja ia menerima keputusan ujian untuk bahan kimia berbahaya itu, katanya. – ANN/The Star

    Mi cawan yang diimport dari Korea Selatan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...