Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    FDI suku pertama melonjak – MOF

    KUALA LUMPUR, 13 JUN – Jumlah pelaburan langsung asing (FDI) diluluskan bagi suku pertama (Q1) 2019 melonjak 73.4 peratus kepada RM29.3 bilion daripada RM16.9 bilion pada tempoh sama tahun lepas.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MoF) berkata Malaysia sedang menikmati manfaat berterusan daripada lencongan perdagangan dan pelaburan berikutan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

    Menurut kementerian, kenaikan jumlah FDI diluluskan bagi Q1 2019 itu disumbangkan oleh peningkatan pelaburan ketara sektor pembuatan yang melonjak 127 peratus kepada RM20.2 bilion berbanding RM8.9 bilion, setahun lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda