Monday, March 27, 2023
21.9 C
Brunei

-

Feby Putri teruja datang KL

Kali pertama memohon pasport dan berkelana ke negara orang, sudah tentu kunjungan bakat baharu berasal dari Makassar, Indonesia, Feby Putri, 23, ke Malaysia dikenang sampai bila-bila.

Diundang Miebird Projects untuk menjayakan konsert solo di Zepp KL di sini, Feby yang popular dengan single Halu cukup emosional memikirkan pencapaiannya sejak bertatih dalam bidang seni, kira-kira lima tahun lalu.

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu berkata, laluan untuk bergelar penyanyi bukanlah mudah, umpama tiada tiket ekspres mencapai apa yang dihajati.

Feby berkata, biarpun cita-citanya menjadi penyanyi pada mulanya ditentang ibu bapa, namun, dia berjaya membuktikan kemampuannya.

Sekarang, Feby mampu memiliki rumah teres lima bilik bernilai lebih RM240,000 pada usia muda. Malah, single pertamanya, Halu meraih lebih 42 juta tontonan di YouTube. – Agensi

Feby Puteri teruja buat persembahan ke Malaysia yang merupakan perjalanan pertamanya keluar negara. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -