NEW YORK, 13 OGOS – Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent kelmarin berkata Rizab Persekutuan (Fed) perlu menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas (bps) pada mesyuarat September, sambil menambah bahawa Fed sepatutnya berbuat demikian pada Jun lalu, lapor Xinhua.
Bessent juga menyuarakan harapan agar Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Rumah Putih (CEA), Stephen Miran akan disahkan oleh Senat untuk menyertai lembaga gabenor Fed sebelum mesyuarat bulan depan, lapor beberapa media AS yang memetik temu bual Bessent dengan Fox Business.
Menurut CME FedWatch Tool, kebarangkalian penurunan kadar sebanyak 25 mata asas oleh Fed pada September meningkat kepada 93.4 peratus pada Selasa, berbanding 85.9 peratus sehari sebelumnya. – Bernama


