LONDON, 6 JULAI – Novak Djokovic mara ke suku akhir Grand Slam ke-50 manakala Roger Federer muncul pemain paling tua di era moden untuk mara ke peringkat lapan terakhir di Wimbledon dalam aksi yang berlangsung di All England Club.
Pemain nombor satu dunia Djokovic yang memburu trofi keenam Wimbledon dan mahu menyamai rekod 20 gelaran utama mara ke suku akhir kali ke-12 selepas menewaskan pemain Chile Cristian Garin 6-2, 6-4, 6-2.
Federer yang bakal berusia 40 tahun beberapa minggu lagi mengatasi cabaran pemain Itali Lorenzo Sonego 7-5, 6-4, 6-2 untuk layak ke suku akhir di Wimbledon buat kali ke-18 dan ke-58 kejohanan utama secara keseluruhan.
Djokovic akan menentang pemain Hungary Marton Fucsovics, salah seorang pemain yang mara ke peringkat lapan terakhir di kejohanan itu buat kali pertama.
Senarai itu termasuk pilihan utama wanita Ashleigh Barty, pilihan kedua Aryna Sabalenka, Karolina Pliskova, Viktorija Golubic selain Matteo Berrettini, Denis Shapovalov, Karen Khachanov dan Felix Auger-Aliassime dalam kategori lelaki.
Djokovic telah pun dimasukkan dalam kalendar acara Grand Slam.
Hanya dua pemain dalam sejarah menjuarai kesemua empat gelaran utama pada tahun sama dengan kali terakhir dilakukan Rod Laver pada 1969.
“Tahap keyakinan sangat tinggi selepas menjuarai Terbuka Perancis,’’ kata Djokovic.
Juara lapan kali Wimbledon Federer bakal bermain menentang sama ada Daniil Medvedev atau Hubert Hurkacz pilihan ke-14 di separuh akhir. – AFP
