MIAMI, 3 April – Roger Federer menewaskan pesaing lama Rafael Nadal 6-3, 6-4 untuk memenangi Terbuka Miami semalam dan meneruskan permulaan menariknya tahun ini.
Sejak kembali dari kecederaannya selama enam bulan, Federer, 35, juga memenangi Terbuka Australia dan Indian Wells serta berehat sebelum Terbuka Perancis, sekali lagi, kehadiran dominan dalam Jelajah ATP.
Federer telah menewaskan Nadal dalam semua acara tahun ini dan sekarang memenangi empat pertemuan terakhirnya di antara keduanya.
“Ia adalah beberapa minggu yang luar biasa,” kata Federer selepas kemenangannya sebelum mengumumkan dia akan memerlukan masa dua bulan berehat sebelum Terbuka Perancis pada lewat Mei depan.
“Saya bukanlah berusia 24 tahun lagi jadi banyak perkara berubah dalam cara yang besar dan saya tidak akan beraksi lagi dalam mana-mana gelanggang tanah liat kecuali Perancis,” katanya.

Nadal yang beraksi dalam Miami kelima tetapi masih tanpa kemenangan dalam acara siri Masters itu.
Walaupun Nadal masih memiliki kelebihan 23-14 dalam pertemuan di antara keduanya, yang merujuk kembali kepada perlawanan pertama mereka di Miami pada 2004, Federer kini mendahului 10-9 di gelanggang permukaan keras.
Federer mengukuhkan ‘break point’ pada permainan pertama dan kedudukan 3-3 ketika masa genting dalam persaingan itu.
“Ia adalah detik penentuan,” kata Federer. “Dia dilihat dalam keadaan bagus. Dia beraksi tenis yang bagus, melangkah masuk dan melakukan semua perkara yang bagus.
“Sedikit nasib di pihaknya dan keputusan salah daripada saya pada ketika detik itu dan ia boleh bertukar dengan segera. Ia adalah set pertama yang begitu tegang.” – AFP